Terima 10 jahitan selepas ditumbuk pelanggan - Utusan Malaysia

Terima 10 jahitan selepas ditumbuk pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pengusaha inap desa terpaksa menerima 10 jahitan di bibir akibat ditumbuk pelanggannya dalam kejadian di Rumah Tamu JV Like dekat Alor Akar di sini pada petang 30 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Woon Tuck Kei, 35, kejadian pada pukul 1.30 petang itu berlaku selepas suspek yang berusia 30 tahun tiba-tiba berang ketika kembali semula ke premis tersebut untuk mandi.

“Dia (suspek) sepatutnya daftar keluar pada pukul 12 tengah hari. Lelaki itu tidak serahkan kunci tepat pada masa daftar keluar, tetapi kembali semula pada pukul 1 petang ke rumah (premis) untuk mandi.

“Selepas saya berikan tuala, dia tiba-tiba marah dan bercakap kasar tanpa henti. Saya nasihatkan dia, tak perlu marah-marah sebab saya pun tak kisah kalau dia hendak mandi terlebih dahulu sebelum keluar,” ujar Tuck Kei semasa ditemui pemberita di sini hari ini.

Bapa kepada seorang anak itu menambah, suspek yang mendaftar masuk bersama seorang wanita pada pukul 12 tengah hari 29 Jun lalu itu turut mengugut membawa 20 rakannya untuk memukul mangsa sejurus dia ditumbuk.

“Dia tanya saya ‘kau tahu aku siapa?’. Saya jawab tak tahu dan saya pesan janganlah marah-marah macam itu. Kemudian dia terus tumbuk sehingga saya terjatuh ke lantai depan pintu bilik,” tambahnya.

Tuck Kei yang mengusahakan premis inap desa sejak 2011 menambah, kejadian tersebut disedari isterinya, Le Thi Kim Thoa, 25, yang menjaga anak lelaki mereka berusia setahun di ruang tamu.

“Selepas tumbuk, dia ugut hendak bawa 20 rakannya untuk pukul saya. Kemudian dia telefon rakannya sebelum beredar dengan sebuah kereta Honda Jazz berwarna merah,” ujarnya.

Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini pada hari yang sama kerana bimbang diganggu suspek selepas membuat ugutan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN