Tentera Iran beri amaran akan musnahkan AS - Utusan Malaysia

Tentera Iran beri amaran akan musnahkan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT – Ketua Briged Al-Quds, Jeneral Qassem Soleimani memberi amaran kepada Donald Trump bahawa pihaknya bersedia menghancurkan apa sahaja yang Presiden Amerika Syarikat (AS) itu miliki jika berlaku peperangan.

Kenyataan itu dibuat oleh Qassem dalam satu serangan perang mulut ketika kedua-dua negara itu disifatkan sebagai suka berperang.

“Anda tahu bahawa peperangan ini akan memusnahkan apa yang kamu miliki. Kamu memulakan peperangan ini tetapi kami akan menjadi individu yang menamatkannya.

“Jadi, kamu perlu berhati-hati jika menghina orang Iran dan Presiden Republik negara kami. Kamu tahu kuasa kami di rantau ini dan kemampuan kami dalam perang yang tidak mempunyai strategi. Kami akan bertindak dan akan berusaha ke arah itu,” katanya seperti yang dilaporkan rangkaian televisyen, Al Alam.

Isnin lalu, Trump memberi maklum balas kenyataan Presiden Iran, Hassan Rouhani di Twitter dengan menyatakan: “Jangan sesekali mengancam AS semula atau anda akan menerima kesan penderitaan seperti mana beberapa sejarah negara yang pernah menderita sebelum ini.

“Kami bukan lagi sebuah negara yang akan berdiri dengan kata-kata berunsur keganasan atau ancaman maut. Berhati-hati!” katanya.

Soleimani yang ditugaskan memantau operasi Pengawal Revolusi di luar negara membalas kenyataan itu: “Bahasa Trump masih berunsurkan kelab malam dan perjudian,” katanya.

Menurutnya, Laut Merah merupakan kawasan tidak selamat ketika tentera AS dike­rahkan di lokasi berkenaan.

“Trump perlu mengetahui bahawa kita adalah negara mati syahid dan kami sedang menunggu untuk berbuat demikian,” kata­nya. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN