JOHOR BAHRU – Seorang pekebun terkejut besar apabila menemui mayat dipercayai seorang gay dengan badannya tertanam separuh di dalam kebun durian miliknya di Bandar Baru Kangkar Pulai di sini Khamis lalu. Mayat tanpa identiti dipercayai berusia antara 18 hingga 40 tahun itu ditemui pada pukul 2.30 petang dalam keadaan mereput pada muka dan berwarna kehitaman. Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, siasatan awal pihaknya mengesyaki…










