Tahniah Syed Saddiq - Khairy - Utusan Malaysia

Tahniah Syed Saddiq – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mendoakan Ahli Parlimen Muar itu mampu membawa kejayaan lebih besar kepada kementerian.

“Tahniah kepada Syed Saddiq atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

“Saya doakan saudara dapat membawa kejayaan yang lebih besar kepada Kementerian Belia dan Sukan,” katanya menerusi kenyataan ringkas dalam laman Twitter beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN