TAFF tiada kaitan siasatan 1MDB, nafi beku akaun - Pasukan Petugas Khas 1MDB - Utusan Malaysia

TAFF tiada kaitan siasatan 1MDB, nafi beku akaun – Pasukan Petugas Khas 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan membekukan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF).

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan, Pasukan Petugas Khas itu berkata, TAFF tiada kaitan dengan siasatan 1MDB yang sedang dijalankan oleh pasukan itu.

“Pasukan Petugas Khas 1MDB ingin menjelaskan bahawa pasukan berkenaan tidak pernah terlibat dengan tindakan pembekuan akaun TAFF.

“Sehubungan itu, semua pihak diminta agar tidak mengaitkan isu terbabit dengan siasatan kes 1MDB,” kata kenyataan itu.

Pasukan petugas itu diketuai bersama oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang kini Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC), Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN