Syed Saddiq diharap bantu pembangunan sukan di Kelantan - Utusan Malaysia

Syed Saddiq diharap bantu pembangunan sukan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 Julai – Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diharap dapat mempertimbangkan peruntukan lebih besar kepada persatuan-persatuan sukan di Kelantan, sekali gus membantu memajukan pembangunan sukan di negeri ini.

Pengurus Pasukan Lumba Basikal Majlis Sukan Negeri (MSN) negeri, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Belia dan Sukan, MSN serta semua persatuan sukan di negeri ini selama ini bergerak dengan bantuan kewangan daripada Pusat.

Dana tersebut kata beliau, amat terhad, lebih-lebih lagi mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negeri sebagaimana di negeri-negeri lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat kesukaran mendapat dana, ramai atlit cemerlang gagal diketengahkan. Selain itu, persatuan-persatuan terpaksa mengurangkan bilangan atlit dalam menyertai sesuatu kejohanan dianjurkan kerana berdepan masalah kewangan.

“Saya berharap Menteri Belia dan Sukan dapat memberi perhatian dan membantu sukan di Kelantan supaya kita boleh jadi setaraf dengan negeri lain,” katanya.

Mohd. Fared yang juga Pengurus Pasukan Muaythai MSN Kelantan memberitahu,

masalah kewangan dan kekurangan kemudahan latihan juga menjadi punca utama atlit dari negeri ini mengambil keputusan berhijrah ke negeri lain.

“Sebagai contoh, kemudahan gelanggang dan peralatan sukan Muaythai yang daif menyebabkan sukan ini tidak dapat diperluaskan di Kelantan.

“Hakikatnya, Kelantan merupakan antara negeri yang melahirkan atlit sukan Muaythai bertaraf kebangsaan dan antarabangsa paling ramai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN