SHAH ALAM – Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor berkuat kuasa hari ini. Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mendapati kesuburan demokrasi telah mati dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor. Sehubungan itu, Syed Badli menggesa kepimpinan utama PKR untuk campur tangan dalam isu pembahagian jawatan lantikan politik di Selangor yang jelas kelihatan berat…










