LUMUT – Seorang lelaki yang juga merupakan suspek curi buah kelapa sawit maut hari ini selepas dipercayai dipukul orang awam di Batu 10 Lekir pada Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Manjung, Asistan Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, dalam kejadian tersebut suspek telah ditangkap oleh orang awam dan diserah pada pihak polis Rabu lalu. “Ketika diserahkan kepada pihak polis, suspek didapati dalam keadaan cedera. “Anggota diarahkan untuk membawa suspek ke Hospital…










