PENDANG 1 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob dipilih mengetuai UMNO bahagian negeri ini.
![]() |
|
Suraya Yaacob
|
Suraya, 49, dipilih mengetuai UMNO Bahagian Pendang selepas mengalahkan penyandang, Datuk Md. Rozai Shafian dalam pemilihan parti di sini semalam.
Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan dan Usahawan Negeri sebelum ini ialah bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang dengan memperoleh majoriti kemenangan sebanyak 607 undi menewaskan calon Pas, Saiful Syazwan Shafie dan calon PKR, Abdul Razak Khamis.
Jawatan timbalan Ketua UMNO bahagian tersebut pula dimenangi bekas Setiausaha bahagian, Basiron Said manakala Naib Ketua UMNO bahagian dimenangi oleh Mohd. Nawawi Bakar.












