TANGGAL 10 Oktober 2007, Malaysia mencipta sejarah melalui penghantaran Angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Ia menjadi petanda satu lagi pencapaian di peringkat dunia yang mampu diraih oleh rakyat negara ini. Kejayaan yang pada mulanya dianggap mustahil itu telah dirangka kerajaan menerusi program Angkasawan Negara pada 2003 yang diumumkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sudah pasti peristiwa bersejarah…










