Sultan Mizan rasmi pembukaan sidang DUN - Utusan Malaysia

Sultan Mizan rasmi pembukaan sidang DUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 2 Julai – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pagi ini berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.

Baginda tiba di pekarangan Dewan Undangan Negeri di wisma berkenaan kira-kira 10 pagi yang kemudiannya disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali serta Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail.

Persidangan kali ini merupakan yang pertama kali selepas Piilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan akan berlangsung selama empat hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN