KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar kerajaan negeri yang kini diterajui Pas terus melindungi hak dan kedaulatan Terengganu sebagai pengeluar minyak dan gas utama di Semenanjung Malaysia. Baginda bertitah, kerajaan negeri terdahulu telah menubuhkan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) bagi melindungi hak dan kedaulatan negeri ke atas komuniti tersebut demi kepentingan rakyat dan negeri pada Mei 2017. “Beta berharap TPC dapat digunakan sebagai platform untuk menangani urusan…










