Sukma XIX : Perak sampaikan jemputan rasmi kepada N. Sembilan - Utusan Malaysia

Sukma XIX : Perak sampaikan jemputan rasmi kepada N. Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 19 Julai – Kerajaan negeri Perak hari ini mengadakan kunjung hormat ke negeri ini bagi menyampaikan watikah jemputan ke Sukan Malaysia (Sukma) XIX Perak 2018 yang dijadualkan berlangsung pada September ini.

Majlis kunjung hormat itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Perak, Howard Lee Chuan How yang disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun di Wisma Negeri dekat sini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani.

Howard dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri Perak mengalu-alukan kedatangan kontinjen dari Negeri Sembilan ke Sukma XIX bagi memeriahkan lagi acara berkenaan.

“Sebagai tuan rumah, kami akan berusaha menjadikan sukan ini sebagai temasya terbaik dalam melahirkan ahli sukan yang berkemampuan dan berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata, Negeri Sembilan akan menghantar seramai 406 atlet dalam 34 acara sukan yang ditandingi dalam kejohanan tersebut.

Beliau berharap kontinjen Negeri Sembilan dapat memperbaiki kedudukan dalam sukan berkenaan daripada tempat kesembilan pada temasya lalu kepada tempat ketiga tahun ini.

“Kita percaya Negeri Sembilan mampu meraih sekurang-kurangnya 30 emas dalam Sukma kali ini,” katanya.

Dalam Sukma 2016, Negeri Sembilan memungut 61 pingat termasuk 19 emas dan berada dalam kedudukan kesembilan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN