Suhakam mohon tiada penangguhan bagi hapus hukuman mati - Utusan Malaysia

Suhakam mohon tiada penangguhan bagi hapus hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berharap kerajaan tidak melengah-lengahkan lagi pemansuhan hukuman mati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata, bagaimanapun badan ini bersetuju agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan mengenai perkara ini tanpa campur tangan daripada pihak lain.

“Bagaimanapun, jika undi dijalankan ke atas rakyat, ramai daripada kita akan bersetuju agar hukuman mati itu dimansuhkan

“Kita perlu teruskan dan laksanakan pada tahun ini juga. Dan saya lihat tiada halangan berhubung perkara ini.

“Sudah tentu, ada banyak pihak akan mengkajinya dari pelbagai aspek. Walau bagaimana anda menguruskannya mengikut amalan, agama dan semuanya itu, bagi saya ia tetap urusan PM,” katanya pada  persidangan akhbar selepas bengkel mengenai UNCAT dengan Komuniti Islam Malaysia di Grand Seasons Hotel di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN