SST tidak beri kesan jualan dalam talian - Utusan Malaysia

SST tidak beri kesan jualan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula 1 September ini dijangka tidak memberi kesan negatif kepada jualan platform dalam talian.

 

Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Alvin Gill (gambar) berkata, mengambil kira landskap perniagaan penuh cabaran, tidak mungkin penjual dalam talian akan meningkatkan harga kerana SST.

“Jika penjual dalam talian menaikkan harga pada September ini, pelanggan mungkin beralih ke kedai luar talian dan ini adalah perkara terakhir yang mereka mahu lihat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Alvin, walaupun SST memberi kesan kepada perniagaan, penjual dalam talian mungkin memilih untuk menyerap kos itu bagi melindungi jualan mereka pada bulan-bulan akan datang.

Katanya, apabila cukai barang dan per­khid­matan (GST) dilaksanakan pada April 2015, sebahagian besar rak­yat Malaysia beralih kepada dalam talian bagi mendapatkan lebih penjimatan.

“Rakyat Malaysia sensitif terhadap perubahan harga, malah platform dalam talian menyaksikan peningkatan 30 peratus jualan pada 1 Jun apabila kadar GST ditukar kepada sifar peratus.

“Justeru, jika peruncit luar talian mengambil keputusan untuk menaikkan harga selepas pelaksanaan SST, kita mungkin me­nyaksikan peningkatan jualan platform dalam talian,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau tidak menjangkakan pengguna akan tergesa-gesa untuk membeli-belah sebelum pelaksanaan SST pada September ini disebabkan tiada cukai dikenakan ketika ini.

“Sebahagian besar daripada pengguna lebih kepada sentimen ‘tunggu dan lihat’ sehingga acara jualan dalam talian seterusnya, terutama pada September ini dan suku keempat 2018.

“Kerajaan juga telah memberi jaminan kepada rakyat Malaysia pelaksanaan SST kelak tidak akan mencetuskan inflasi, jadi kami yakin ia tidak memberi kesan kepada prestasi e-dagang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN