SPRM beku akaun ahli politik Kelantan - Utusan Malaysia

SPRM beku akaun ahli politik Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 4 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa akaun bank milik seorang pemimpin kanan parti politik dibekukan berhubung siasatan salah guna dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan pembekuan tersebut melibatkan pengaliran dana bernilai jutaan ringgit sebelum pilihan raya umum lalu.

Menurut sumber, akaun itu dipercayai antara 408 akaun bank yang menerima dana daripada akaun 1MDB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akaun milik ahli politik yang memegang jawatan penting dalam parti baru sahaja dibekukan baru-baru ini dan lebih banyak akaun akan dibekukan,” kata sumber baru-baru ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana bernilai RM1.1 bilion telah dibekukan oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB (task force) antara 26 hingga 29 Jun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN