SPR jangka 80 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK DUN Sungai Kandis - Utusan Malaysia

SPR jangka 80 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK DUN Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan sebanyak 80 peratus pengundi akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmod berkata, bilangan pengundi yang layak mengundi pada p PRK DUN ini adalah seramai 51,230 orang.

Katanya, beberapa penambahbaikan dilaksanakan pihaknya pada PRK kali ini antaranya penambahan sebanyak 21 saluran menjadi 109 saluran berbanding 88 saluran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu selain waktu mengundi dilanjutkan selama 30 minit sehingga 5.30 petang.

“SPR berharap para pengundi dapat keluar mengundi untuk menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.

“Pengundi juga disaran membuat semakan Daftar Pemilih lebih awal untuk mengetahui maklumat pusat pengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui laman web SPR,talian 03-88927018 atau melalui SMS 15888 bagi menjimatkan masa pada hari pengundian,”katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Othman memneritahu, setiap calon dibenarkan untuk mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang atau simbol dan gambar pemimpin parti yang diwakilinya.

Katanya, calon juga dibenarkan untuk menggunakan lambang,simbol parti dan gambar pemimpin parti komponen mereka.

“Bahan-bahan kempen yang mengandungi perkataan-perkataan yang boleh mendatangkan permusuhan adalah tidak benarkan.

“Setiap ceramah perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia dan mereka berkuasa untuk mengambil tindakan bagi aktiviti ceramah yang dijalankan tanpa permit,”ujarnya.

Sementara itu, Othman berkata, semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin parti politik, calon yang bertanding, penyokong dan orang ramai mematuhi undang-undang dan arahan pihak berkuasa bagi memastikan tempoh berkempen berjalan dengan lancar.

“SPR berharap aktiviti berkempen akan berjalan lancar dan tidak menganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN