KOTA KINABALU – Ahli Jawatan Kuasa Pelancongan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini memperkenalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi syarikat pelancongan yang membawa rombongan pelancong melawat masjid tersebut. Pelaksanaan SOP berkenaan diwujudkan susulan pelakuan tidak senonoh kumpulan pelancong wanita warga asing yang menari di atas tembok kawasan MBR sehingga tular dalam laman sosial, Facebook pada bulan lalu. Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abdul Jamal Sakaran berkata, selepas…










