KUALA LUMPUR 21 Julai – Beregu campuan negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemei Lai menjadi wakil tunggal Malaysia mara ke final badminton Terbuka Singapura selepas menundukkan pasangan Thailand, hari ini. Pasangan yang sebelum ini mengalami penurunan prestasi selepas sering terkandas di pusingan awal menunjukkan peningkatan ketara dengan menundukkan Dechapol Puavanukroh-Sapsiree Taerattanachai 21-18, 21-14. Begitupun cabaran getir menanti pasangan negara esok kerana bakal berdepan beregu No. 1 dunia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari…










