Siti Aishah akan dilantik penasihat khas MB Perak - Ahmad Faizal - Utusan Malaysia

Siti Aishah akan dilantik penasihat khas MB Perak – Ahmad Faizal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT – Ketua Penerangan Keadilan Perak, Senator Siti Aishah Shaik Ismail akan dilantik menjadi Penasihat Khas kepada Menteri Besar bertaraf Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Menteri  Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, pelantikan itu akan berkuat kuasa dalam waktu terdekat dan Siti Aishah sendiri telah dimaklumkan mengenainya.

“Pelantikan Siti Aishah bukan atas gesaan dan daripada mula lagi kita telah berhasrat meletakkan beliau di satu tempat yang berpengaruh. Saya sendiri telah bercakap dengan beliau (Siti Aishah) secara peribadi dan beliau bersetuju menerima lantikan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau sebagai penasihat khas akan berperanan untuk membantu mendekati golongan belia dan muda di negeri Perak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri PPBM Bahagian Sungai Siput di sini hari ini.

Sebelum ini, Siti Aishah dilaporkan dinamakan sebagai calon Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada PKR yang merupakan komponen Pakatan Harapan (PH) sebelum akhirnya menarik diri. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN