SINGAPURA – Singapura masih menunggu jawapan balas rasmi dari Malaysia berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR). Republik berkenaan pada 1 Jun, meminta kerajaan Malaysia melalui saluran diplomatik mengesahkan kedudukan Malaysia berhubung projek berkenaan. Memetik Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon di Parlimen hari ini, The Straits Times melaporkan bahawa sehingga kini, Singapura masih belum menerima jawapan balas dari kerajaan Malaysia. Boon berkata, kenyataan awam yang dibuat oleh menteri Malaysia dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui pelbagai temubual media berhubung penamatan projek berkenaan, tidak disusuli dengan sebarang komunikasi rasmi dengan kami.” “Justeru, pada masa ini, kami tidak mempunyai pilihan tetapi meneruskan apa yang sepatutnya menurut perjanjian dua hala berkenaan dan terus menanggung lebih banyak kos,” katanya. Laporan itu menyebut, pada Jun, Singapura menanggung lebih daripada S$6 juta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya