KOTA KINABALU 5 Julai – Kerajaan negeri akan menjenamakan semula institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) di negeri ini.
![]() |
|
EWON Benedict
|
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Ewon Benedict berkata, tindakan itu adalah bagi mengelakkan berlaku pertindihan kuasa selain langkah penjimatan kos di kedua-dua institusi tersebut.
“Draf kertas cadangan penjenamaan semula ini sedang diambil tindakan merangkumi aspek nama institusi, tatacara pelantikan, bilangan keahlian jawatankuasa, elaun dan lain-lain yang berkaitan.
“Pengumuman rasmi berhubung perkara ini akan dibuat oleh kerajaan negeri selepas segala perkara yang berkaitan dengan penjenamaan semula telah dimuktamadkan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Abidin Madingkir (UPKO-Paginatan) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Terdahulu Abidin bertanya berhubung dasar baharu mengenai pelantikan Pengerusi JKKK. – UTUSAN ONLINE












