SEBENARNYA ada isu lebih besar di sebalik kekecohan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin untuk menerangkan kenyataan kerajaan atas alasan ‘menyenangkan kerja wartawan’. Pegawai media Guan Eng, Rahmah Ghazali dalam status di Facebook pada 26 Jun lalu antara lain memberitahu, sebelum amalan menterjemahkan ke bahasa lain dibuat (semasa beliau di Pulau Pinang), ramai wartawan akan menelefon beliau untuk menjelaskan apa maksud ayat tertentu apabila kenyataan cuma dikeluarkan…










