Sepanyol mula rasai bahang Rusia - Utusan Malaysia

Sepanyol mula rasai bahang Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Kira-kira sebulan lalu, para peminat menjangkakan aksi ‘membosankan’ apabila Sepa­nyol dijadualkan bertemu Rusia pada pusingan 16 pasukan terbaik tetapi kini situasi sebaliknya berlaku apabila perlawanan itu yang akan berlangsung malam ini menjadi bualan di seluruh dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kerana, juara edisi 2010, Sepanyol berada di bawah prestasi, manakala tuan rumah kejohanan, Rusia mempamerkan aksi cukup luar biasa pada kempen kali ini.

Persiapan Sepanyol untuk aksi Piala Dunia menjadi huru-hara selepas jurulatihnya, Julen Lopetegui dipecat dan digantikan dengan Fenando Hierro sehari sebelum sepak mula Piala Dunia 2018.

Rusia yang merupakan pasukan tercorot dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi keseluruhan 32 pasukan bertanding di Piala Dunia kali ini melakarkan kejutan apabila membelasah Arab Saudi 5-0 dan menewaskan Mesir 3-1 untuk layak ke pusingan 16 pasukan terbaik buat kali pertama.

Ketika pasukan bim­­­bi­ngan Stanislav Cherche­sov tewas 0-3 kepada Uruguay dalam aksi terakhir Kumpulan A, Rusia masih dilihat mampu memberikan masalah kepada Sepanyol jika mereka berjaya bermain sama seperti dua aksi awal peringkat kumpulan.

Menurut pemain pertahanan Sepanyol, Dani Carvajal, pasukannya yang seri 3-3 dengan Portugal dan seri 2-2 bertemu Maghribi, harus lebih fokus menentang pasukan tuan rumah, Rusia.

“Esok (hari ini) kami memiliki tugas yang sukar untuk menentang pasukan tuan rumah yang te­lah berjaya menjaringkan lapan gol dalam dua perlawanan.

“Malah, mereka juga bakal memiliki kelebihan sokongan daripada peminat-peminat mereka.

“Rusia adalah pasukan yang kuat dan pantas. Kami harus fokus dengan diri kami sendiri, manfaatkan kelemahan mereka dan mengambil peluang setiap kesilapan mereka,” katanya. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN