LONDON – Juara 2010, Sepanyol perlu mengatasi Rusia dan rekod buruknya ketika bertemu setiap tuan rumah Piala Dunia apabila kedua-duanya akan turun berentap di Stadium Luzhniki malam ini bagi merebut tempat ke saingan suku akhir Piala Dunia 2018 FIFA. Sepanyol telah bertemu lapan tuan rumah dalam kejohanan besar dan mereka tewas setiap kali dalam perlawanan itu, satu rekod yang menakjubkan bagi pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia dan dua Kejuaraan Euro berturut-turut. Jurulatihnya, Fernando Hierro sendiri pernah beraksi dalam dua perlawanan tersebut iaitu ketika menentang England pada 1996 dan juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya