TOKYO 2 Julai – Letupan di sebuah loji kimia di wilayah Fukui menyebabkan seorang maut dan sekurang-kurangnya 12 lagi cedera. Menurut pihak berkuasa, mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital namun seorang meninggal dunia dan seorang lagi parah. Stesen televisyen NHK melaporkan, loji berkenaan memproses agen kimia dan farmaseutikal. Imej daripada laman sesawang NHK menunjukkan terdapat lubang di atas bumbung loji dan tingkap pecah. Asap kuning juga dilihat keluar dari loji itu selepas letupan namun tiada tanda-tanda menunjukkan berlaku kebocoran bahan kimia dari loji berkenaan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya