'Semoga Allah memudahkan segalanya' - Zahid Hamidi - Utusan Malaysia

‘Semoga Allah memudahkan segalanya’ – Zahid Hamidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mohon segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut berterima kasih atas doa daripada semua sahabat sepanjang proses memberi keterangan berlangsung.

“Pagi tadi saya telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Bagi memberi keterangan seperti yang diminta oleh pihak SPRM.

“Semoga Allah memudahkan segalanya. Terima kasih atas doa semua sahabat,”kata Ahmad Zahid dalam hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 9.52 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung siasatan dua kes.

 

Ahmad Zahid dihubungi SPRM pada 27 Jun lalu untuk hadir bagi memberi keterangan mengikut Akta SPRM 2009.

Dua kes yang disiasat itu membabitkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan penyelewengan dana sebuah yayasan diterajui Ahmad Zahid bernilai lebih RM1 juta.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN