KUALA TERENGGANU – Seramai sembilan warga asing yang bekerja sebagai buruh di tapak binaan jambatan angkat (drawbridge) Kuala Terengganu disahkan mengalami gejala demam denggi di antara 21 Jun hingga Khamis lalu. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, dua daripada sembilan pekerja warga Bangladesh itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah manakala tujuh lagi hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. “Kesemua pekerja asing yang berusia lingkungan 22 hingga 49 tahun itu mengalami gejala demam serta sakit kepala, sendi dan belakang mata. “Tapak projek jambatan angkat itu dikenal pasti sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya