Seleweng dana RM25 juta, SPRM siasat pegawai kanan bergelar Datuk di Finas - Utusan Malaysia

Seleweng dana RM25 juta, SPRM siasat pegawai kanan bergelar Datuk di Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Seorang Datuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dakwaan penyelewengan dana Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bernilai kira-kira RM25 juta dipercayai digunakan untuk projek 1Malaysia Negaraku.

Menurut sumber, Datuk yang merupakan pegawai kanan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu disyaki terlibat dalam penyelewengan dana membabitkan 10 projek di bawah projek berkenaan.

Ujarnya, siasatan awal mendapati pegawai kanan tersebut terlibat dalam hampir kesemua projek itu.

“Selain itu, Datuk terbabit juga diarahkan oleh Bekas Menteri SKMM untuk menguruskan perolehan dan pembayaran di Finas berkaitan projek ini yang mana individu tersebut mempunyai kuasa untuk menandatangani surat tawaran kepada syarikat-syarikat yang dilantik melalui arahan menteri tersebut.

“Berikutan itu, pegawai kanan tersebut juga dikatakan bersekongkol dengan syarikat-syarikat terbabit dengan meluluskan semua pembayaran bagi projek yang tidak dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN