Sebuah sekolah rendah ditutup kerana banjir di Sarawak - Utusan Malaysia

Sebuah sekolah rendah ditutup kerana banjir di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang di Baram tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada pagi ini akibat banjir.

Sekretariat Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Ismail Mahedin berkata, sesi persekolahan terpaksa ditamatkan awal pagi ini setelah paras air meningkat pada paras 1.5 meter di padang sekolah dan kuarters guru.

“Paras air di blok pentadbiran, blok asrama, dewan dan dapur asrama dinaiki air antara 0.3 meter dan 1 meter hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ismail berkata, setakat ini paras air tidak menunjukkan perubahan dan semua kakitangan SK Long Bemang yang masih berada di sekolah tersebut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Menurutnya, SK Long Bemang mempunyai sembilan kakitangan pentadbiran, 14 guru dan 30 anggota keluarga kakitangan sekolah tersebut. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN