‘Saya setia kepada UMNO, BN’ - Utusan Malaysia

‘Saya setia kepada UMNO, BN’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Meskipun tidak keluar dari Dewan Rakyat bersama rakan-rakan partinya yang lain semalam bagi memprotes prosedur pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memaklumkan beliau tetap setia dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

KHAIRY JAMALUDDIN
KHAIRY JAMALUDDIN

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu berkata, beliau sama sekali tidak akan keluar da­ripada parti terbesar orang Me­layu itu.

“Sudah tentu saya tidak akan keluar, saya seorang yang setia kepada parti saya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyindir tindakan Khairy semalam kerana tidak bersolidariti bersama rakan-rakan UMNO dan BN lain keluar dewan bagi membantah pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Pembangkang yang berkredibiliti adalah; bertindak seorang, bila ada mesyuarat tak payah hadir, bila ada perbincangan sesama ahli Parlimen tak payah sertai, bila benda salah kerajaan buat, kita duduk sahaja, bila kawan bangun bercakap, kita diam sahaja. Yang berkredibiliti ialah ikut Pakatan Harapan,” tulisnya dalam Twitter, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN