Saya hipokrit kalau cakap tak gembira Najib ditangkap - Latheefa Koya - Utusan Malaysia

Saya hipokrit kalau cakap tak gembira Najib ditangkap – Latheefa Koya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Penasihat Undang-undang PKR, Latheefa Koya berkata, beliau adalah seorang hipokrit sekiranya berkata tidak gembira mendengar berita penangkapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

LATHEEFA KOYA
LATHEEFA KOYA

Malah, menurutnya, beliau akan menjadi hipokrit yang lebih besar jika berkata akan mendoakan Najib.

“Saya akan menjadi hipokrit jika saya nafikan bahawa saya tidak gembira akhirnya tindakan diambil ke atas Najib.

“Saya akan menjadi hipokrit yang lebih besar jika saya kata saya akan berdoa untuk Najib. #enoughofdrama,” katanya dalam satu kenyataan di laman Twitter miliknya.

Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, pada pukul 2.35 petang tadi oleh Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk pendakwaan kes berkaitan SRC International Sdn. Bhd.

Beliau akan dituduh esok pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN