KUALA LUMPUR 5 Julai – Penyanyi Haqiem Rusli, 20, menegaskan dia tidak berniat untuk berbohong berhubung masalah depresi yang dialaminya meskipun mengakui belum mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor. Sebaliknya, Haqiem akui berhadapan dengan tekanan dan bebanan kerja yang membuatkannya keliru sama ada benar atau tidak dia mengalami masalah tersebut. “Ini bukanlah satu gimik untuk melariskan karya terkini saya berjudul Selamat Tinggal Sayang. Cuma secara kebetulan, permasalahan ini timbul pada masa…










