Sampai bila kelonggaran guna bahasa Inggeris harus diberikan - Utusan Malaysia

Sampai bila kelonggaran guna bahasa Inggeris harus diberikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Kontroversi penguasaan bahasa Melayu yang lemah oleh Peguam Negara, Tommy Thomas menghangatkan kembali perbincangan berkaitan kewajaran penggunaan bahasa Melayu dalam urusan mahkamah seperti yang terkandung dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Nik Safiah Karim
Nik Safiah Karim

Menurut Seksyen 8 akta berkenaan, segala prosiding, selain pemberian keterangan oleh saksi dalam setiap peringkat mahkamah hendaklah dijalankan dalam bahasa kebangsaan kecuali atas perintah mahkamah.

Mengulas perkara tersebut, tokoh bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, beliau sudah sekian lama kecewa dan sedih dengan sikap sesetengah pengamal undang-undang yang menggunakan kekecualian dalam akta berkenaan untuk menjadikan penggunaan bahasa Inggeris dalam mahkamah sebagai amalan biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, tokoh bahasa sudah lama mendesak supaya bahasa Melayu digunakan dalam setiap urusan rasmi, namun pengecualian diberikan dalam beberapa keadaan untuk urusan mahkamah dengan tujuan untuk mencapai keadilan.

“Memang kelonggaran ada diberikan untuk urusan mahkamah, tetapi ramai peguam menggunakan alasan ini untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dalam perbicaraan.

“Sampai bila kita mahu memberikan kelonggaran begini? Sepatutnya jika kita tidak mahir, kita belajar dan berusaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN