PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dijangka berangkat ke Sambutan Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan tahun ini di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1 di sini pada Selasa depan. Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri D.r Wan Azizah Wan Ismail serta kenamaan lain termasuk pengurusan atasan pada peringkat kementerian dan jabatan akan hadir. Hari Pahlawan…










