Sambutan 7 Dekad MBM platform kongsi pandangan – Ahmad Saparuddin - Utusan Malaysia

Sambutan 7 Dekad MBM platform kongsi pandangan – Ahmad Saparuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Sambutan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diadakan bermula esok sehingga 23 Julai di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, dekat sini merupakan antara platform terbaik untuk menghimpunkan belia negara bagi berkongsi pandangan ekoran perubahan landskap politik negara.

 

Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparuddin Yusup (gambar) berkata, perkara itu penting kerana beliau melihat persatuan belia perlu mendepani suasana baharu bagi memastikan suara golongan muda terus didengar dan memainkan pera­nan dalam pemba­ngunan negara.

Katanya, sumba­ngan persatuan belia penting kerana telah melahirkan ramai tokoh pemimpin selain membantu pelaksanaan dasar negara.

“Kami mahu peranan persatuan belia terus diperkasakan, selari de­ngan keadaan semasa.

“Buktinya MBM sendiri memainkan peranan penting sehingga membawa kepada tertubuhnya Kementerian Belia Dan Sukan beberapa tahun selepas negara mencapai kemerdekaan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, Sambutan 7 De­kad MBM turut diadakan bersempena ulang tahun ke-70 penubuhan pertubuhan tersebut, iaitu pada tahun 1948 hasil pertemuan pimpinan belia di Victoria Institution Kuala Lumpur yang menubuhkan orga­nisasi Majlis Belia Malaya yang kini dikenali sebagai MBM.

“Kita mahu mengatur langkah dan mencari kaedah terbaik dengan mengambil kira pengalaman dan sejarah MBM dan negara,” katanya.

Katanya lagi, MBM mahu menarik semua lapisan belia untuk hadir memeriahkan enam segmen utama program iaitu, antarabangsa, belia mahir, wanita Inspired radiant in self (Iris), ekspresi anak muda, kesukarelawan dan bakat serta potensi.

Belia yang berminat menyer­tai program berkenaan boleh melayari www.belia.org.my/wp/7-dekad-mbm dan laman sosial Facebook; malaysianyouthcouncil atau hubungi 03-91732761/63.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN