BERITA mengenai kematian Adam Rayqal Mohd. Sufi Naief berusia lima bulan, Rabu lalu selepas mayatnya ditemukan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuhnya amat meruntun jiwa. Mayat Adam Rayqal ditemukan dengan keadaan lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta dimasukkan ke dalam beg berwarna hijau di dalam peti sejuk beku itu. Sebelum penemuan mayat bayi berkenaan, satu laporan polis dibuat bapa bayi tersebut setelah mendakwa anaknya diculik seorang lelaki dari rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor. Tidak tercapai dek akal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya