KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah menubuhkan jawatan kuasa bagi merangsang sektor minyak dan gas di negeri itu. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Negeri berkata, jawatan kuasa yang diketuai Sabah Oil and Gas Development Sdn. Bhd. (SOGDC) itu akan mengenal pasti peluang kerjasama bagi mengangkat sektor tersebut ke tahap yang lebih tinggi. “Sektor minyak, gas dan tenaga menjadi antara penyumbang penting dalam pertumbuhan ekonomi…










