SOCHI 3 Julai – Pengendali Rusia, Stanislav Cherchesov enggan terbawa-bawa dengan kejayaan pasukannya mengejutkan Sepanyol di pusingan 16 akhir, sebaliknya menegaskan, mereka perlu mengukuhkan permainan jika mahu menewaskan Croatia pada suku akhir, Ahad ini. Ketika pemain dan peminat masih berpesta meraikan kemenangan skuad Sbornaya menerusi penentuan sepakan penalti, Cherchesov pula sedang menyusun strategi terbaik, mengenal pasti kecergasan pemain serta menyenaraikan kesebelasan utama bagi menghadapi Croatia. Katanya, Croatia pasti akan menampilkan aksi berbeza apabila bertemu tuan rumah dan seandainya Rusia mahu melangkah lebih jauh, maka mereka juga perlu tampil dengan permainan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya