SUNGAI BULOH – Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Matang Jaya di sini hangus sebanyak 50 peratus apabila terbakar dalam satu kejadian lewat malam semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, penghuni, M. Kalli, 26, sempat menyelamatkan diri sebelum api mula merebak. “Bomba menerima panggilan kecemasa tentang kejadian tersebut pada pukul 10.35 malam. “Sebanyak 10 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya