Ronaldo setuju 'tukar angin' ke Juventus? - Utusan Malaysia

Ronaldo setuju ‘tukar angin’ ke Juventus?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Cristiano Ronaldo dilaporkan telah bersetuju menyertai Juventus selepas kelab gergasi Itali itu sanggup membayar£88 juta (RM470.8 juta) dalam klausa pelepasan kontrak bintang Real Madrid tersebut.

Juventus telah mengkaji aspek kewangan mereka sekiranya membawa penyerang Portugal ke Itali dan sebagai tambahan, mereka juga bersedia menawarkan Ronaldo kontrak selama empat tahun bernilai £101 juta (RM539.8 juta)

Hubungan Ronaldo dengan Presiden Real Madrid, Florentino Perez dikatakan mula renggang selepas gagal dalam perbincangan kontrak baharu sehingga memaksa pemain berusia 33 tahun itu memilih untuk menyertai Juventus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia telah berada di kelab berkenaan selama sembilan musim dan pernah memberi bayangan bahawa tahun ini mungkin menjadi musim terakhirnya bersama Los Blancos.

Real Madrid pula dikhabarkan mahu menggunakan wang yang diperolehi daripada penjualan Ronaldo itu bagi mendapatkan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dengan harga £239 juta (RM1.27 bilion).

Mereka akan membuat empat pembayaran berasingan kepada PSG dalam usaha mendapatkan bintang muda Perancis itu yang membantu negaranya mara ke suku akhir Piala Dunia 2018 dengan mengalahkan Argentina baru-baru ini.

Bagaimanapun, Real Madrid pula hari ini membuat penafian tentang khabar angin mengenai pembelian mereka ke atas Mbappe.

“Setelah tersebarnya maklumat beberapa jam lalu mengenai perjanjian Real Madrid dan PSG ke atas Kylian Mbappe, kami ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar.

“Real Madrid tidak pernah membuat sebarang tawaran kepada PSG mahupun terhadap pemain itu dan mengutuk sekeras-kerasnya khabar angin yang tidak tepat ini dan penyebarannya oleh pihak tidak berkaitan,” jelas kelab La Liga itu dalam kenyataan di laman web rasminya.

Kenyataan ini dibuat dua hari selepas Real turut membuat penafian tentang laporan bahawa mereka telah membuat tawaran ke atas seorang lagi pemain PSG, Neymar dengan harga £275 juta (RM1.47 bilion).

Mbappe menyertai PSG menerusi pinjaman tahun lalu dan akan menjadi pemain tetap PSG dengan harga perpindahan £166 juta (RM887.1 juta) musim panas ini. – Agensi
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN