LONDON – Cristiano Ronaldo masih belum membayangkan bahawa dia akan bersara dari pentas antarabangsa meskipun pasukan negaranya, Portugal disingkirkan Uruguay pada saingan 16 pasukan terbaik awal pagi tadi. Ronaldo masih gagal menjaringkan sebarang gol di peringkat kalah mati dalam kempen Piala Dunia selepas Portugal tunduk 1-2 hasil dua jaringan Edinson Cavani yang membantu Uruguay ke suku akhir. Penyerang Real Madrid ini akan berusia 37 tahun pada kempen Piala Dunia seterusnya empat tahun lagi di Qatar 2022, namun dia enggan menolak sebarang kemungkinan akan bersara sebaik perlawanan semalam berakhir. Dia berkata:…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya