RM25 juta tanggung kos PATI di depot - Utusan Malaysia

RM25 juta tanggung kos PATI di depot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Julai – Kerajaan terpaksa memperuntukkan lebih RM25 juta setahun untuk menanggung kos makanan pendatang asing tanpa izin (PATI) atau pendatang haram di 13 Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, perkara itu merupakan antara penyebab Jabatan Imigresen tidak mahu menyambung Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Rehiring) ekoran kos yang terlalu tinggi. 

“Bayangkan kalau setahun jumlah ini berapa yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dan ini belum termasuk kos tadbir utiliti, pengurusan pegawai-pegawai di depot dan penyelenggaraan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen di sini hari ini. 

Yang turut hadir tokoh budaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim. 

Sementara itu, Mustafar memberitahu, seramai 1,285 orang PATI telah ditahan dalam Ops Mega 3.0 sejak ia dilancarkan pada 1 Julai lalu sehingga pukul 5 petang semalam. 

Menurutnya, turut ditahan dalam 433 operasi selama dua hari yang dijalankan itu adalah seramai 16 orang majikan. 

“Kesemua 1,285 PATI ini melibatkan seramai 933 lelaki, 243 perempuan dan 49 kanak-kanak,” katanya.-UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN