Riza Aziz dipanggil SPRM esok - Utusan Malaysia

Riza Aziz dipanggil SPRM esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 2 Julai- Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz, 48, dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber SPRM, Riza dijangka hadir di ibu pejabat SPRM di Presint 7 di sini kira-kira pukul 2 petang esok bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Riza yang juga seorang produser filem Hollywood pernah dikaitkan dengan isu 1MDB termasuk dakwaan menggunakan wang 1MDB untuk menerbitkan sebuah filem.

SPRM sejak Mei lalu mula memanggil beberapa individu bagi melengkapkan siasatan berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu termasuk bekas Perdana Menteri dan isteri.

Najib dipanggil memberi keterangan pada 22 dan 24 Mei lalu hadir di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan manakala Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan pada 5 Jun.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas 1MDB membekukan lebih 900 akaun termasuk akaun UMNO negeri dan pusat bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan berhubung dakwaan bahawa akaun-akaun berkenaan menerima dana daripada 1MDB. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN