PUTRAJAYA – Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz, 48, dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok. Menurut sumber SPRM, Riza dijangka hadir di ibu pejabat SPRM di Presint 7 di sini kira-kira pukul 2 petang esok bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Riza yang juga seorang produser filem Hollywood pernah dikaitkan dengan isu 1MDB termasuk dakwaan menggunakan…










