KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia berikutan ramai pelabur beralih minat kepada aset serantau, kata peniaga. Pada 9.45 pagi, ringgit berada pada paras 4.0350/0400 berbanding dolar US daripada 4.0380/0410 pada Jumaat. Peniaga berkata terdapat aktiviti pengambilan untung dalam mata wang Amerika Syarikat itu dari minggu lepas, yang memberi sokongan kepada ringgit. Sementara itu, unit tempatan diniagakan…










