JERANTUT – Musim durian kali ini melimpahkan rezeki lumayan kepada seorang peraih buah-buahan yang juga orang kelainan upaya (OKU), Abdul Mutalib Mamat, 60, di Kampung Damak dekat sini. Abdul Mutalib yang dikenali ramai dengan panggilan Pok Tar memberitahu, pada musim kali ini dia meraih pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 sehari dengan anggaran jualan antara 700 hingga 1,000 kilogram. “Harga durian bergantung kepada jenis iaitu durian kampung sekitar RM2 hingga RM5…










