AMPANG – Reman terhadap seorang guru lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah sekolah di daerah ini pada Mei lalu dilanjutkan selama lima hari bermula hari ini. Perintah reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Ampang, Roslan Md. Nor terhadap lelaki berusia 53 tahun itu. Lelaki itu kini disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap…










