SELAMA – Seorang remaja obesiti yang mengalami kecederaan patah kaki akibat kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu dibawa ke Hospital Selama menaiki lori utiliti bagi mendapatkan rawatan tengah hari tadi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selama, Zaizatulniza Razali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ahli keluarga mangsa pada pukul 12.14 tengah hari bagi membantu membawa mangsa yang mempunyai berat badan kira-kira 120 kilogram itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. …










