GUA MUSANG 26 Julai – Seorang remaja lelaki maut digilis bas ekspres selepas gagal mengawal motosikal ditunggangnya ketika cuba memotong dua buah kereta di Kilometer 45, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, lewat malam tadi. Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam itu, mangsa, Mohd Shahril Shahrul Azhar, 17, berasal dari Paloh 2 di sini dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, ketika…










